KUANTAN, 19 Mac 14 – Seramai 21 orang pelajar yang diiringi oleh empat orang jurulatih dari Malaysian Aviation Training Academy Sdn Berhad (MATA) telah melakukan lawatan sambil belajar ke Cawang Kejuruteraan PU Kuantan hari ini. Malaysian Aviotion Training Academy Sdn Berhad (MATA) adalah sebuah kolej swasta yang melaksanakan Latihan Kejuruteraan Penyelengaraan Pesawat Terbang.
Lawatan ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan dan motivasi kepada para pelajar disamping dapat melihat sendiri simulasi penggunaan Test Set Air Data Sensor yang ada pada pesawat Hawk
Taklimat awal lawatan kepada para pelajar telah disampaikan oleh Pegawai JUKAT, Kapt Ahmad Firdaus bin Abdullah TUDM di bilik Mesyuarat Cawang Kejuruteraan.