KUALA LUMPUR, 21 Apr 15 โ Seramai 15 pegawai RTAF yang menyertai program Junior officers Exchange Program tiba di PU Subang hari ini.
Rombongan yang turut dianggotai oleh tiga pegawai wanita akan berada di Malaysia selama 7 hari mulai 21 hingga 26 Apr 15. Sepanjang berada di Malaysia, mereka akan dibawa melawat pangkalan-pangkalan TUDM dan tempat-tempat menarik seperti Putrajaya dan Melaka.
Semasa rombongan dari RTAF tiba di PU Subang, Menteri Pertahanan yang kebetulan berada di pergerakan udara, telah diperkenalkan dengan ketua rombongan dari RTAF.