Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Lawatan
Viewing all 311 articles
Browse latest View live

11 Dis 13 : Kunjungan Hormat Ke Atas Panglima Tentera Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 11 Dis 13 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Daro’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menerima kunjungan hormat  daripada Lt Gen (Armament Cops) Stephane Reb, Director of the International Directorate, DGA, French Ministry of Defence. Kunjungan hormat ini telah berlangsung di Pejabat Panglima Tentera Udara.


17 Dis 13 : Lawatan Kerja Ketua Pengarah Bantuan Dan Kesiapsiagaan

$
0
0

KTN_1633 KTN_1523 KTN_1543 KTN_1550 KTN_1574 KTN_1600 KTN_1610

KUANTAN, 17 Dis 13 – Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiapsiagaan, YBhg Brig Jen Dato’ Azizon bin Ariffin TUDM telah melakukan lawatan kerja beliau ke PU Kuantan. Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan pegawai-pegawai kanan pangkalan.

Lawatan kerja beliau kali ini lebih tertumpu kepada pengurusan logistik pesawat EC 725 AP, No 10 Skuadron. Beliau juga telah menyampaikan ucapan tahniah daripada Panglima Operasi Udara kepada pegawai dan anggota No 10 Skuadron yang telah terlibat dalam menjayakan Op Murni baru-baru ini.

19 Dis 13 : Lawatan Kerja Panglima No 1 Div Ke PU Kuantan

$
0
0

 KTN_1695

KTN_1721

KTN_1735

KTN_1742

KTN_1785

KTN_1815

KTN_1825

KTN_1841

KTN_1850

KTN_1855

KTN_1866

KUANTAN, 19 Dis 13 –  Panglima No 1 Div Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM telah melakukan lawatan kerja ke PU Kuantan. Beliau tiba dengan rombongan telah disambut oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan pegawai-pegawai kanan pangkalan.

Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Komander Pangkalan di Dewan Taklimat Bangunan Simulator GBTS. Seterusnya Panglima No 1 Div serta rombongan telah dibawa melawat ke unit-unit dalam pangkalan dan juga tapak pembinaan hangar No 10 Skuadron.

11 Jan 14 : Lawatan Tahunan Panglima Tentera Udara Ke PU Gong Kedak

$
0
0

GONG KEDAK, 11 Jan 14 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah melakukan lawatan tahunan ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut mengiringi Panglima Tentera Udara dalam lawatan ini adalah Panglima No 1 Div Udara dan Pengarah Sekretariat.

Setibanya di PU Gong Kedak, Panglima Tentera Udara telah mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan. Dalam rangka lawatannya, Panglima Tentera Udara telah merasmikan Muzium TUDM, di Pangkalan Udara Gong Kedak dan Bangunan ASR dan melawat ke beberapa kawasan infrastruktur teknikal serta fasilitas di dalam pangkalan.

Dalam lawatan ini juga, Panglima Tentera Udara telah meluangkan masa mengadakan perjumpaan dan berdialog bersama warga PU Gong Kedak. Sesi dialog ini dilihat sebagai satu aktiviti yang amat bermanfaat khususnya dalam mengeratkan lagi hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi dengan anggota dan sekaligus dapat menyelami permasalahan yang dihadapi di pelbagai peringkat anggota bawahan.

16 Jan 14 : Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pertahanan Ke PU Butterworth

$
0
0

BUTTERWORTH, 16 Jan 14 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Abdul Rahim bin Bakri telah melakukan lawatan kerja ke PU Butterworth. Turut mengiringi beliau sepanjang lawatan adalah Panglima No 1 Div Udara, Mej Jen Dato’ Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM.

Ketibaan rombongan Timbalan Menteri Pertahanan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Mohd Shabre Bin Hj Hussein TUDM dan Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk beliau mendapatkan maklumat terkini tentang aspek berkaitan operasi dan kesiagaan pangkalan disamping beramah mesra dengan semua pegawai dan anggota yang bertugas di Pangkalan Udara Butterworth dan Skn-skn.

17 Jan 14 : Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) SAREX MALPHI 2014

$
0
0

KUALA LUMPUR, 17 Jan 14 – Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) SAREX MALPHI 2014 di antara TUDM dan Tentera Udara Filipina telah diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Mesyuarat FPC bermula pada 13 Jan hingga 17 Jan 14 merupakan salah satu aktiviti SAREX MALPHI yang telah dirancang. Mesyuarat kali ini adalah berlanjutan dengan mesyuarat siri pertama, iaitu Initial Planning Conference (IPC) yang telah berlangsung di Manila, Filipina pada Sep 2013 yang lalu.

Selain itu, FPC ini juga telah membincangkan perkara-perkara dan tindakan susulan daripada IPC yang lepas serta persiapan SAREX yang akan berlangsung pada Mei 2014 yang mana TUDM akan menjadi hos kepada latihan dua hala ini. Mesyuarat ini telah berlangsung dengan jayanya di antara kedua-dua delegasi dari TUDM dan Tentera Udara Filipina.

21 Jan 14 : Timbalan Panglima Tentera Udara Tinjau Projek Pangkalan Udara Sendayan

$
0
0

_MEL9285 _MEL9116 _MEL9127 _MEL9140 _MEL9152 _MEL9161 _MEL9203

SENDAYAN, 21 Jan 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM hari ini telah meninjau dengan lebih dekat perkembangan terkini projek pembangunan Pangkalan Udara Sendayan yang kini telah siap 8.9 peratus.

Lawatan TPTU ini bertujuan untuk mengetahui pembangunan yang sedang giat dijalankan di tapak projek tersebut. Semasa lawatan ini juga, beliau telah diberikan taklimat oleh arkitek projek mengenai status terkini projek serta turut dibawa melawat ke sekitar tapak projek bagi menyaksikan sendiri pembangunan yang sedang giat dijalankan.

Projek Pangkalan Udara Sendayan yang seluas 750 ekar ini akan menempatkan beberapa unit latihan TUDM yang akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan riadah  dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2016.

Turut mengiringi TPTU dalam lawatan ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM, AKS PPO, Mej Jen Dato’ Hj Ahmad Anuar bin Ahmad TUDM , Ketua Pengarah Tim Projek Dalam Negeri, Brig Jen Dato’ Lim Tiow Yew TUDM dan Ketua Tim Projek PU Kuala Lumpur, Kol Asmuni bin Takriff TUDM serta pegawai-pegawai TUDM yang terlibat dengan projek tersebut.

23 Jan 14 : Lawatan Kerja Royal Thai Air Force Personel Testing Center Ke PLPL

$
0
0

_MEL9320

_MEL9362

_MEL9428

_MEL9448

PUCHONG, 23 Jan 14 – Delegasi dari Royal Thai Air Force (RTAF) Personel Testing Center telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Latihan Pengurusan Logistik (PLPL).

Delegasi yang diketuai oleh Gp Capt Nopnandhaponsa Pichitchaloton, Director of RTAF Personel Testing turut diiringi oleh Pengarah Penyelidikan Sumbar Manusia, Zulkifli bin Mohd Zain TUDM.

Delegasi RTAF seramai sembilan orang itu telah diberikan taklimat mengenai Organisasi PLPL oleh Pegawai Memerintah PLPL sebelum melakukan lawatan ke kawasan fasiliti PLPL.


24 Jan 14 : Lawatan Kerja Sehari Ke PU Kuantan

$
0
0

DSC_0032A DSC_0051 IMG_6637A

KUANTAN, 24 Jan 14 – Pengarah Kejuruteraan, Pengarah Material, Ketua Staf Bantuan No 1 Div Udara dan PS 1 Avionic MTU Kejuruteraan telah membuat lawatan kerja sehari ke PU Kuantan khususnya di Flait Khas Udara (FKU), Cawang Material dan No 10 Skuadron bagi meninjau pengoperasian sistem AMASIS .

Rombongan juga telah dibawa meninjau dan melihat pesawat EC 725. Rombongan telah diiringi oleh Ketua Bahagian Kejuruteraan No 10 Skn, Lt Kol Khairul Anuar bin Abd Razak TUDM.

29 Jan 14 : Timbalan Panglima Tentera Udara tinjau kemudahan fasilitas di Kolej Tentera Udara

$
0
0

ALOR SETAR, 29 Jan 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM telah membuat lawatan kerja selama sehari ke Kolej Tentera Udara, bagi melihat perkembangan dan kemudahan-kemudahan fasilitas yang terdapat di kolej tersebut hari ini.

Ketibaan TPTU dan rombongan di Kolej Tentera Udara telah disambut oleh Komandan KTU, Kol Sardon bin Hassan TUDM serta pegawai-pegawai kanan kolej. Turut mengiringi TPTU semasa lawatan ini adalah, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM, AKS Materiel, YBhg Mej Jen Dato’ Azizan bin Shaari TUDM, AKS Kejuruteraan, Brig Jen Dato’ Hj Razak bin Mohd Khairan TUDM serta beberapa pegawai kanan lain

Semasa berada di Kolej Tentera Udara, TPTU dan rombongan telah membuat lawatan ke Wisma Ahli Udara, Wisma Pegawai, Kompleks Kolam Renang, Lapangsasar Memanah, Wisma Pegawai Kadet, ITAS, PLTB 1 dan PLTB 2 bagi melihat sendiri kemudahan yang ada serta mengetahui masalah semasa yang dihadapi.

Di akhir lawatan, TPTU telah mengadakan sesi dialog bersama jurulatih-jurulatih PLTB 1,PLTB 2 dan juga  ILIT yang telah diadakan di Dewan Taming Sari Kolej bagi mendengar sendiri idea-idea dari pegawai-pegawai serta menjawab pertanyaan-pertanyaan yang ditimbulkan.

30 Jan 14 : Pemeriksaan Tahunan Audit IGTU di Rejimen TUDM

$
0
0

BANTING, 30 Jan 14 – Pemeriksaan Tahunan Audit IGTU telah dilaksanakan di Rejimen TUDM Jugra mulai 27 hingga 29 Jan 14.

Rombongan IGTU seramai 24 orang anggota telah diketuai oleh  Pengarah IGTU, Kol Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM.

Sebelum memulakan pemeriksaan, Tim IGTU telah diberikan taklimat oleh Pegawai Memerintah Rejimen TUDM Jugra, Kol Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM di Bilik Mesyuarat Pangkalan.

6 Feb 14 : Kunjungan Mej Norazan TUDM Ke Atas Panglima Tentera Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 6 Feb 14 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menerima kunjungan Mej Norazan bin Othman TUDM di pejabat beliau.

Mej Norazan bin Othman TUDM telah menamatkan kursus Flight Test Diploma di International Test Pilot School,Canada dengan jayanya. Beliau telah menjalani kursus tersebut mulai 1 Jul 13 hingga 24 Jan 14 dan akan bertukar ke No 11 Skn, PU Gong Kedak.

7 Feb 14 : Pemeriksaan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke Kolej Tentera Udara

$
0
0

ALOR SETAR 7 Feb 14 – Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah diadakan di  Kolej Tentera Udara mulai 3 Feb 14 sehingga 7 Feb 14. Tim Pemeriksaan ini telah diketuai oleh PS 1 Latih MPLU, Lt Kol Saharuddin bin Mansor TUDM.

Matlamat pemeriksaan ini adalah bagi memastikan kesiapsiagaan serta peranan Kolej sebagai sebuah pusat latihan terunggul sebelum pemeriksaan tahunan oleh Panglima Tentera Udara yang akan datang.

Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah merangkumi Unit ‘Core Business’, Kesiapsiagaan, Pengurusan Pejabat, Tatatertib dan Keselamatan.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM mengharapkan Kolej Tentera Udara terus mengekalkan kecemerlangannya sebagai pusat latihan yang berperanan melahirkan bakal-bakal juruterbang yang disegani dan melahirkan juruteknik yang berpengalaman.

10 Feb 14 : Kunjungan Persaraan Inspektor Jeneral TUDM Ke Atas Panglima Operasi Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 10 Feb 14 – Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan daripada Inspektor Jeneral TUDM, Mej Jen Dato’ Latip bin Ismail TUDM yang akan menamatkan perkhidmatan di Pejabat Panglima Operasi Udara hari ini.

11 Feb 14 : Majlis Ramah Mesra Wakil Pengurusan SYABAS bersama Komander Pangkalan

$
0
0

-V5G2r6CTW1OKmyeg-KB -eBjaDfLnyMCk61FQamzktDs8X1 -n2xzU8bJUFE2gMdo9wvo1CVQ

KUALA LUMPUR, 11 Feb 14 – Ketua SYABAS Kuala Lumpur, En Ahmad Suhaidi bin Ismail dan rombongan telah mekalukan kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan, Kol Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM.

Rombongan seramai lima orang ini selanjutnya melawat tangki sedut yang baru beroperasi semenjak Dis 2013 yang lalu. Turut hadir bersama Komander Pangkalan adalah Pegawai Laksana, Ketua Cawang Tadbir dan Pegawai Senggara Kompleks.


11 Feb 14 : Mesyuarat JKPE Siri 1/14

$
0
0

DSC_9375

GONG KEDAK, 11 Feb 14 – Mesyuarat JKPE TUDM Siri 1/14 yang dipengerusikan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah diadakan di Bilik Mesyuarat No 11 Skuadron.

Mesyuarat yang dihadiri seramai 14 orang Pegawai Kanan TUDM itu telah membincangkan hal berkaitan peperangan elektronik untuk meningkatkan keupayaan peperangan elektronik TUDM sejajar dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

Panglima Operasi Udara juga turut dibawa melawat ke kawasan di sekitar No 11 Skn.

11 Feb 14 : Lawatan Kerja Sehari Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke INSPRA

$
0
0

 

KUANTAN, 11 Feb 14 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara , Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM telah melakukan lawatan kerja sehari ke INSPRA, PU Kuantan. Ketibaan  Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah disambut oleh Timbalan Komander Pangkalan, Kol Hj Yazid bin Arshad TUDM serta Komandan INSPRA, Kol Nordin bin Hussain TUDM .

Taklimat lawatan telah diadakan diadakan di Bilik Mesyuarat INSPRA. Seterusnya, beliau telah dibawa melawat ke Sekolah Pertahanan Trafik Udara, Sekolah Komunikasi, Sekolah Kawalan Trafik Udara serta Aerodrome Control Training Simulator (ACTS).

12 Feb 14 : Ketibaan Air Chief Marshal Sir Andrew Pulford RAF di Malaysia

$
0
0

KUALA LUMPUR, 12 Feb 14 – Air Chief Marshal Sir Andrew Pulford RAF, Chief of the Air Staff, Royal Air Force tiba di KLIA bagi lawatan selama empat hari mulai 12 Feb 14 hingga 16 Feb 14. Ketibaan beliau telah disambut oleh AKS Perancangan Pembangunan Operasi , YBhg Mej Jen Dato’ Hj Ahmad Anuar bin Ahmad TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Turut mengiringi Air Chief Marshal Sir Andrew Pulford RAF semasa lawatan ke Malaysia adalah isteri beliau, Lady Pulfor. Semasa berada di Malaysia, beberapa program khusus telah diaturkan selama seminggu oleh TUDM antaranya lawatan ke Kementerian Pertahanan, Pangkalan Udara Subang, Pangkalan Udara Butterworth serta tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur.

12 Feb 14 : Menteri Pertahanan lawat Pesawat EC 725 AP TUDM

$
0
0

SINGAPURA, 12 Feb 14 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah meluangkan masa berkunjung ke Pesawat EC 725 AP TUDM yang dipamerkan di Singapore Airshow 2014. Lawatan ini merupakan yang pertama bagi beliau pada pameran udara selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan

Beliau telah beramah mesra bersama juruterbang dan krew pesawat serta diberikan taklimat ringkas mengenai Pesawat EC 725 AP.

13 Feb 14 : Lawatan Chief of the Air Staff, Royal Air Force ke Kementerian Pertahanan

$
0
0

KUALA LUMPUR, 13 Feb 14 : Air Chief Marshal Sir Andrew Pulford RAF, Chief of the Air Staff Royal Air Force telah melakukan lawatan rasmi di Kementerian Pertahanan dalam rangka lawatannya ke Malaysia hari ini.

Ketibaan beliau di Kementerian Pertahanan telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM dan seterusnya mengambil tabik hormat perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Wisma Pertahanan.

Dalam rangka lawatannya di Kementerian Pertahanan, Air Chief Marshal Sir Andrew Pulford RAF telah melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin dan Panglima Tentera Udara. Sebelum meneruskan lawatannya, beliau telah mendengar taklimat mengenai sejarah, organisasi dan arah tuju TUDM di masa hadapan.

Viewing all 311 articles
Browse latest View live