![ADI_4326]()
KUALA LUMPUR, 25 Feb 14 – Satu Majlis Perutusan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan hari ini.
Dalam perutusan ini, Menteri Pertahanan telah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh Kementerian Pertahanan selama sembilan bulan beliau menerajui Kementerian ini. Beliau juga telah mengimbas kembali kejayaan Kementerian Pertahanan sepanjang tahun 2013 dan hala tuju Kementerian Pertahanan di masa akan datang.
Beliau juga mengingatkan kembali kepada peristiwa pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb tahun lalu yang telah meragut 10 anggota keselamatan negara. Peristiwa ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap keselamatan serta pembangunan ekonomi dan sosial kawasan-kawasan mundur yang sering dijadikan pusat transit penceroboh.
Menteri Pertahanan juga telah menetapkan 5 aspek penting yang perlu diberi tumpuan oleh Kementerian Pertahanan bagi memantapkan gerak kerja dan perancangan masa depan lima (5) aspek tersebut ialah latihan, kursus, eksesais ketenteraan, perolehan aset, program offset dan pemamtapan industry pertahanan.
Hadir di majlis ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan Awan dan Tentera serta seluruh warga Kementerian Pertahanan.