14 Apr 14 : Kunjungan Hormat Ke Atas Panglima Tentera Udara
14 Apr 14 : Majlis Makan Malam Rasmi Sempena DSA 2014
KUALA LUMPUR, 14 Apr 14 – Majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah diadakan di Wisma Perwira ATM sempena meraikan kehadiran Panglima Tentera Udara dan wakil-wakil Tentera Udara negara asing menyaksikan Pameran 14th Defence Services Asia (DSA’ 14) di PWTC, Kuala Lumpur.
Panglima Tentera Udara dalam ucapannya telah mengalu-alukan semua tetamu yang hadir dan berharap mereka akan dapat manfaat terhadap penganjuran DSA’ 14 pada tahun ini.
Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM, Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM.
15 Apr 14 : Lawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ke PU Kuantan
KUANTAN, 15 Apr 14 – Penuntut-Penutup Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dari Kolej Tentera Darat (KTD) telah melakukan lawatan ke Pangkalan Udara Kuantan. Lawatan tersebut diketuai oleh Mej Zulkifli bin Hussen. Semasa ketibaan, penuntup-penuntup telah diberikan taklimat oleh Kapt Othman mengenai Pangkalan dan peranan yang di laksanakan.
Sepanjang berada di PU Kuantan, para penuntut telah dibawa melawat ke No 17 Skn, Bangunan Ground Base Training Simulator (GBTS) dan juga ke Skn 320. Lawatan yang bermula jam 10 pagi ini telah tamat pada jam 6.30 petang. Rombongan seterusnya telah bergerak ke INTAN Kemaman untuk lawatan mereka seterusnya.
21 Apr 14 : Lawatan Pemeriksaan Panglima 2 Div Udara Ke PUKALUB Kota Kinabalu
KOTA KINABALU, 21 Apr 14 – Panglima 2 Div Udara, YBhg Mej Jeneral Dato’ Ansar Ali Majeth TUDM telah melakukan lawatan dan pemeriksaan ke atas PUKALUB Kota Kinabalu hari ini. Ketibaan YBhg Mej Jeneral Dato’ Ansar Ali Majeth TUDM telah disambut oleh Pegawai Memerintah PUKALUB, Mej Alwira bin Ibrahim TUDM di Perkarangan PUKALUB.
Tujuan lawatan dan pemeriksaan ini adalah untuk melaksanakan audit terhadap kecekapan dan kesiagaan operasi setiap anggota (personnel competency and operational readiness) dibawah pemerintahan Panglima 2 Div Udara.
21 Apr 14 : Lawatan Panglima 2 Divisyen Udara Ke Atas Pengarah DCA Kota Kinabalu
22 Apr 14 : Kunjungan Hormat Ketua Pengakap Negara ke Atas Panglima Tentera Udara
KUALA LUMPUR, 22 Apr 14 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengakap Negara, Dato’ Seri Dr Shafie Mohd Salleh di pejabat Panglima Tentera Udara hari ini.
Hadir sama pada kunjungan ini adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Dato’ Dr Mohamad Shahrum Osman, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pengakap Udara), Tuan Hj Zulkifli Ansari dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan (Pengakap Udara), En. Abdul Mueiem Sahaddin.
24 Apr 2014 : Lawatan Kerja Panglima Bantuan Udara ke ZCOE
SUBANG, 24 Apr 14 – Panglima Bantuan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah melakukan lawatan kerja ke Zetro’s Centre of Excellent (ZCOE), LTSAAS, Subang. Turut mengiringi beliau dalam lawatan tersebut adalah Ketua Staf Sistem, Kol Hasaza bin Hanafiah TUDM, Ketua Staf Khidmat, Kol Toharudin bin Ab Rasid TUDM.
Ketibaan Panglima Bantuan Udara dan rombongan telah disambut oleh Pegawai Eksekutif Zetro Services Sdn Bhd, Dato’ Mohd Zamri bin Muda. Lawatan telah dimulakan dengan taklimat khas dari wakil syarikat serta membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan kedua-dua pihak dan diikuti dengan lawatan singkat ke bengkel-bengkel yang terdapat di ZCOE.
26 Apr 14 : Lawatan Rasmi Presiden Amerika Syarikat Ke Malaysia
KUALA LUMPUR, 26 Apr 14 – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dalam rangka lawatan ke negara-negara Asia tiba di Pangkalan Udara Subang dengan Pesawat Rasmi Presiden iaitu Air Force One.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Khairy Jamaluddin serta Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM.
Presiden Amerika Syarikat ke- 44 itu dijadualkan akan memulakan lawatan rasminya bermula 26 April sebelum meneruskan lawatan ke Filipina pada 28 April.
Lawatan ini adalah yang pertama oleh seorang Presiden Amerika yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, pada 1966.
25 Apr 14 : Lawatan Rasmi Panglima Tentera Udara Ke Labuan
LABUAN, 25 Apr 14 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah melakukan lawatan rasmi ke Pangkalan Udara Labuan pada 24 hingga 25 April yang lalu.
Dalam rangka lawatannya, Panglima Tentera Udara telah melawat 5 Skn, 14 Skn, MTCT dan Tapak Ternakan Ikan Keli serta Cendawan, dimana Projek ini adalah dibawah usahasama warga Pangkalan Udara Labuan dan Jabatan Perikanan Labuan. Panglima Tentera Udara juga turut meluangkan masa mengadakan sesi dialog bersama warga pangkalan.
Dalam rangka lawatan ini juga, Panglima Tentera Udara telah dibawa melakukan Labuan Tour dimana beliau dibawa ke lokasi bersejarah sekitar labuan diantaranya Muzium Sejarah Labuan, Muzium Chimney dan tapak Surrender Point.
28 Apr 14 : Lawatan Pemeriksaan Panglima 2 Div Udara ke PU Labuan
LABUAN, 28 Apr 14 – Pangkalan Udara Labuan hari ini telah menerima lawatan dan pemeriksaan dari Markas 2 Div Udara yang diketuai sendiri oleh Panglima 2 Div Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Ansar Ali Majeth TUDM sehingga 30 Apr 14.
Tujuan lawatan dan pemeriksaan ini adalah untuk mengaudit kecekapan dan kesiagaan operasi setiap anggota (personnel compentency and operational readiness) di bawah pemerintahan Panglima 2 Div Udara.
Pemeriksaan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Bahagian Operasi dan Bahagian Bantuan. Bahagian operasi merangkumi skuadron-skuadron dan unit-unit Sistem Udara dan Sistem Darat manakala Bahagian Bantuan merangkumi Cawang Kejuruteraan, Material dan Tadbir.
29 Apr 14 : Lawatan Penuntut Pegawai Tadbir Diplomatik Ke PU Kuantan
KUANTAN, 29 Apr 14 – Penuntut-Penuntut Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Siri 2/14 dari Kolej Tentera Darat (KTD) yang terdiri daripada tiga orang pegawai KTD, tiga orang jurulatih INTAN dan 69 penuntut telah melakukan lawatan ke Pangkalan Udara Kuantan. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Mej Zulkifli bin Hussen. Semasa ketibaan, penuntut-penuntut telah diberikan taklimat oleh Kapt Othman TUDM mengenai Pangkalan dan peranan yang dilaksanakan.
Sepanjang berada di PU Kuantan, para penuntut telah dibawa melawat ke No 17 Skn, Bangunan Ground BaseTraining Simulator (GBTS) dan juga ke Skn 320. Lawatan yang bermula jam 10 pagi ini telah tamat pada jam 6.30 petang. Rombongan seterusnya telah bergerak ke INTAN Kemaman untuk lawatan mereka seterusnya.
5 Mei 14 : Lawatan Kerja Rasmi Panglima Tentera Udara Ke French Air Force
Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM melakukan lawatan kerja rasmi ke French Air Force sempena dengan penganugerahan The National Order of Merit kepadanya oleh kerajaan Perancis pada 5 Mei 14.
Lawatan beliau ke French Air Force HQ diiringi oleh Kol Muhammad Mudzamir Ong TUDM dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Paris. Ketibaan PTU disambut oleh General Denis Mercier, Air Force Chief of Staff, French Air Force.
Semasa lawatan tersebut, perbincangan kerjasama udara dua hala turut diadakan dan diikuti dengan majlis penganugerahan The National Order of Merit kepada PTU. Pada hari berikutnya, PTU dan rombongan diterbangkan ke PU Orleans untuk melawat pengoperasian pesawat A400M French Air Force. Ketibaan PTU disambut oleh Lt Gen Soulet, Commander Air Force Support Command. PTU telah berkesempatan untuk melakukan penerbangan simulator dan diakhiri dengan penerbangan pesawat A400M French Air Force pada waktu petang.
28 Apr 14 : Pemeriksaan Tahunan Tim Audit IJTU di Pangkalan Udara Kuching
KUCHING , 28 Apr 14 – Pemeriksaan Tahunan Tim Audit IJTU di Pangkalan Udara Kuching telah dilaksanakan mulai 24 hingga 30 Apr 14. Ketibaan Tim Audit IJTU yang diketuai oleh YBhg Brig Jen Dato’ Azizon Bin Hj Ariffin TUDM selaku Inspektor Jeneral Tentera Udara telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Jumali Bin Salamat TUDM.
Kerja-kerja pengauditan ini tertumpu kepada hal ehwal pengurusan, aspek keselamatan dan tahap kesiapsiagaan. Selain itu, Tim Audit IJTU ini juga turut membuat semakan ke atas teguran-teguran yang telah dibuat pada tahun 2013 dan tindakan pembetulan yang telah diambil.
8 Mei 14 : RMAF/PAF Exchange Visit Programme
KUANTAN, 8 Mei 14 – Delegasi dari Philippine Air Force (PAF) yang terdiri daripada sepuluh orang pegawai telah melakukan lawatan ke Pangkalan Udara Kuantan sempena Exchange Visit Programme antara TUDM dengan PAF. Taklimat awal lawatan kepada Pegawai PAF telah diadakan bilik mesyuarat pangkalan.
Sepanjang berada di PU Kuantan, delegasi telah dibawa melawat ke Bangunan Ground BaseTraining Simulator (GBTS) dan juga ke INSPRA. Delegasi PAF juga telah dibawa melihat static display pesawat EC 725AP dan Aemearchi. Lawatan yang bermula jam 10 pagi ini telah tamat pada jam 3.45 petang. Rombongan seterusnya telah bergerak ke Kuala Lumpur untuk lawatan mereka seterusnya.
12 Mei 14 : Kunjungan Persaraan Mej Jen Dato’ Lim Tiow Yew TUDM
13 Mei 14 : Lawatan Kerja Tahunan Panglima 2 Divisyen Udara Dan Delegasi Ke Davao City, Mindanao, Philippines
PHILIPPINES, 13 Mei 14 – Panglima 2 Div Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Ansar Ali Majeth telah melakukan lawatan kerja ke Davao City, Philippines mulai 13 hinggga 15 Mei 14. Panglima 2 Div Udara bersama beberapa orang delegasi telah tiba dengan pesawat CN235 dan disambut oleh Commander of 3rd Air Division, MGEN Nicanor Macale Vivar AFP dan diiringi oleh TOG 11 (Tactical Operation Group 11) iaitu Pegawai Memerintah LTC Erick Escarcha PAF.
Dalam rangka lawatannya ke Davao City, Panglima 2 Div Udara telah melakukan kunjungan hormat ke atas MGEN Nicanor Macale Vivar AFP bagi bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran mengenai keadaan keselamatan serantau dan di perbatasan kedua-dua negara. Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Konsulat Besar Malaysia di Davao iaitu En Abdullah Zawawi Tahir.
Seterusnya, Panglima 2 Div Udara dan delegasi juga telah membuat kunjungan hormat kepada Commander of Eastern Mindanao Command (EASTMINCOM), Camp Panacan, Davao City, LTGEN Ricardo Rainier G Cruz III AFP.
Lawatan kerja tahunan ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua-dua negara.
15 Mei 14 : Penyerahan Sumbangan Wang Khairat Kematian Wisma Bintara Kepada Arwah F/Sjn Arwawi bin Yassin
KUANTAN, 15 Mei 14 – Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan wang khairat kematian daripada Wisma Bintara kepada waris Allahyarham F/Sjn Arwawi bin Yassin telah disempurnakan oleh Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Mohd Atefi bin Che Long.
Wang sumbangan tersebut telah diterima oleh isteri Allahyarham Puan Zuratika bt Baharudin. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli Wisma Bintara.
19 Mei 14 : Kunjungan Persaraan Mej Jen Dato’ Lim Tiow Yew TUDM
KUALA LUMPUR, 19 Mei 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Hj Roslan bin Saad TUDM telah menerima kunjungan dari Ketua Pengarah Projek Dalam/Luar Negara, Mej Jen Dato’ Lim Tiow Yew TUDM yang akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Kunjungan tersebut telah berlangsung di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara hari ini.
19 Mei 14 : Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Panglima Tentera Udara
KUALA LUMPUR, 19 Mei 14 – Director for Asia and Pasific DGA, French Ministry of Defence, Rear Admiral Pascal Ausseur telah melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM di pejabatnya hari ini. Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Pengarah Kerjasama Udara dan Doktrin, Kol Lau Ing Hiong TUDM.