Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Lawatan
Viewing all 311 articles
Browse latest View live

6 Mac 14 : Lawatan Tahunan Panglima Tentera Udara Ke PU Butterworth

$
0
0

2563781011

BUTTERWORTH, 6 Mac 14 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah melakukan Lawatan Tahunan ke PU Butterworth pada 5 dan 6 Mac 14. Ketibaan Panglima Tentera Udara bersama isteri pada 5 Mac 14 telah disambut oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM bersama-sama Eksekutif Pangkalan yang lain.

Lawatan telah dimulakan dengan upacara perbarisan, dimana Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan penganugerahan Sayap Kuartermaster Udara kepada 10 orang pelatih Kuartermaster Udara dan seorang pelatih Pramugari. Turut disempurnakan adalah pemakaian Pingat PPS kepada empat orang anggota dan penyampaian Sijil Kepujian Panglima Tentera Udara kepada tiga orang Staf Awam pangkalan.

Sejurus selesai upacara perbarisan, Panglima Tentera Udara yang turut diiringi oleh Panglima No. 1 Div Udara, AKS PPO dan Pengarah PUSPEKA telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Pangkalan untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh Komander Pangkalan. Selesai sesi taklimat, Panglima Tentera Udara bersama delegasi telah melawat ke skuadron-skuadron. Beliau turut meluangkan masa untuk majlis makan tengahari bersama anggota di Wisma Bintara manakala di sebelah malam pula diadakan Majlis Makan Malam bersama pegawai di Wisma Perwira PU Butterworth.

Mengakhiri lawatan ini, Panglima Tentera Udara telah mengadakan Sesi Dialog bersama PTTK dan PTTR pangkalan di Dewan Setia pada 6 Mac 14 sebelum berlepas pulang.


17 Mac 14 : Majlis Penyerahan Sumbangan Khairat Kematian Skim Takaful Berkelompok

$
0
0

3 1

GURUN, 17 Mac 14 – Majlis penyerahan cek khairat kematian kepada waris Allahyarham LUK Helmi bin Azmi telah diadakan di rumah waris Allahyarham di Kg Paya Serdang, Gurun. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah No. 15 Skuadron, Lt Kol Yusri bin Jamari TUDM dan isteri. Allahyarham meninggal dunia disebabkan menghidapi penyakit kanserlymphoma bermula April 13.

18 Mac 14 : Kunjungan Hormat DANKODIKAU Ke Atas Timbalan Panglima Tentera Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 18 Mac 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komandan Komando Pendidikan Angkatan Udara, Marsda TNI M. Nurullah di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara hari ini. Dalam kunjungan hormat ini, DANKODIKAU turut mengadakan perbincangan dua hala dengan TPTU dalam aspek mempertingkatkan latihan yang melibatkan TUDM dan TNI-AU. Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM.

18 Mac 14 : Lawatan Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur

$
0
0

KUALA LUMPUR, 18 Mac 14 – Seramai 40 orang dari Badan Kebajikan Khaujakan Johor Bahru telah melakukan lawatan ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini.

Rombongan lawatan yang diketuai oleh Datuk Siti Hajjar@Umi Kalsom binti Hj Abd Hamid selaku pengerusi badan kebajikan tersebut telah disambut oleh Pegawai Laksana PU Kuala Lumpur, Lt Kol Hj Muhammad bin Abdullah TUDM.

Sepanjang program lawatan ini berlangsung, para rombangan telah dibawa melawat ke Muzium TUDM dan diberikan taklimat berkenaan sejarah penubuhan TUDM serta informasi mengenai organisasi TUDM. Dalam lawatan ini juga, para rombongan turut melihat persembahan drumline dari Pancaragam Pusat.

19 Mac 14 : Mesyuarat Kelompok Kerja Udara Malaysia-Filipina ke-32

$
0
0

GENTING HIGHLANDS, 19 Mac 14 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara Malaysia-Filipina (KKU MALPHI) ke-32 telah diadakan di Awana Hotel & Resort, Genting Highlands hari ini. Mesyuarat yang diadakan selama empat hari ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Kol Hj Azman bin Zainal TUDM dan Col Fernyl G Buca GSC TUF.

14 Mac 14 : Pemeriksaan Inspektorat Ke Kolej Tentera Udara

$
0
0

DSC_7330_resize

DSC_7356_resize

DSC_7397_resize

DSC_7412_resize

DSC_7421_resize

DSC_7443_resize

DSC_7594 (2)_resize

ALOR SETAR 14 Mac 14 – Kolej Tentera Udara telah menerima kunjungan Tim Pemeriksaan Inspektorat TUDM yang diketuai oleh Pengarah IGTU, Kol Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM.

Pemeriksaan tersebut telah bermula daripada 11 hingga 14 Mac 14 yang merangkumi semua seksyen di bawah naungan KTU. Pemeriksaan audit yang berlangsung ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kesiagaan pangkalan dalam mendokong aspirasi dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap warga TUDM.

Audit berjadual tahunan Inspektorat TUDM diprogramkan supaya kekurangan dan kelemahan dapat dikenal pasti dan diperbetulkan dari segi pematuhan, pengurusan keselamatan dan kesiagaan pangkalan.

19 Mac 14 : Kunjungan Persaraan Ke Atas Timbalan Panglima Tentera Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 19 Mac 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM telah menerima kunjungan daripada YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Noh bin Mohd Said TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara hari ini.

19 Mac 14 : Lawatan Kerja Pangkalan PU Butterworth Ke Penjara Taiping

$
0
0

DSC_5333 DSC_5251 DSC_5223 D7K_6831 CSC_5243

TAIPING, 19 Mac 14 – PU Butterworth telah menganjurkan Lawatan Kerja Pangkalan ke Penjara Taiping yang telah disertai oleh 28 anggota pangkalan yang terdiri daripada enam pegawai dan 22 LLP. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota pangkalan  tentang prosedur dan proses kerja serta budaya kerja agensi lain.

Lawatan telah dimulakan dengan taklimat berkaitan penjara. Selesai taklimat, peserta lawatan dibawa melawat sekitar kawasan penjara seperti sel penjara, Bengkel Seramik dan galeri yang menempatkan hasil kerja banduan untuk dijual.

Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Penjara Taiping, Penguasa Penjara Murali a/l Rajoo yang telah meluangkan masa untuk sama-sama mengiringi lawatan tersebut.


19 Mac 14 : Lawatan Kerja Komandan Komando Pendidikan Angkatan Udara TNI-AU ke Kolej Tentera Udara

$
0
0

ALOR SETAR, 19 Mac 14 – Komandan Kolej Tentera Udara, YBhg Kol Sardon bin Hassan TUDM serta pegawai-pegawai kanan Kolej telah menyambut delegasi dari TNI-AU seramai lima orang yang diketuai oleh  Komandan Komando Pendidikan Udara TNI-AU iaitu Marsda TNI M.Murullah.

Lawatan ini adalah lanjutan perancangan Rapat Tim Perancangan Latihan Udara ke-62 MALINDO bagi merealisasikan program kunjungan pegawai-pegawai kanan kedua-dua Angkatan Udara. Selain daripada itu ianya juga bertujuan bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan dua hala di antara TUDM dan TNI-AU terutamanya yang melibatkan pendidikan dan latihan.

19 Mac 14 : Cawang Kejuruteraan PU Kuantan Terima Kunjungan Pelajar Malaysian Aviation Training Academy Sdn Berhad

$
0
0

KUANTAN, 19 Mac 14 – Seramai 21 orang pelajar yang diiringi oleh empat orang jurulatih dari Malaysian Aviation Training Academy  Sdn Berhad (MATA) telah melakukan lawatan sambil belajar ke Cawang Kejuruteraan PU Kuantan hari ini. Malaysian Aviotion Training Academy Sdn Berhad  (MATA) adalah sebuah kolej swasta yang  melaksanakan Latihan Kejuruteraan Penyelengaraan Pesawat Terbang.

Lawatan ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan dan motivasi kepada para pelajar disamping dapat melihat sendiri simulasi penggunaan Test Set Air Data Sensor yang ada pada pesawat Hawk

Taklimat awal lawatan kepada para pelajar telah disampaikan oleh Pegawai JUKAT, Kapt Ahmad Firdaus bin Abdullah TUDM  di bilik Mesyuarat Cawang Kejuruteraan.

12 Mac 14 : Lawatan Kerja Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara Ke PLPL TUDM Kinrara

$
0
0

DSC_0709DSC_0721DSC_0825

KINRARA, 12 Mac 14 – Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Latihan Pengurusan Logistik TUDM Kinrara. Lawatan kerja beliau diiringi oleh pegawai-pegawai dari Markas Pendidikan Dan Latihan Udara.

Ketibaan Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara telah disambut oleh Pemangku Pegawai Memerintah PLPL TUDM Kinrara Mej Omar Zai bin Abas TUDM dan diikuti dengan taklimat di Bilik Mesyuarat PLPL.

Dalam rangka lawatannya, Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara juga turut membuat lawatan ke Litar Memandu, Aircraft Mock-up dan beliau juga sempat meninjau persekitaran Pusat Latihan Pengurusan Logistik TUDM Kinrara.

24 Mac 14 : Keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ke PU Gong Kedak

$
0
0

GONG KEDAK, 24 Mac 14 – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akasah telah berkenan berangkat ke PU Gong Kedak  bersempena dengan keberangkatan rasmi baginda ke Negeri Terengganu hari ini.

Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM bersama isteri telah hadir bagi menyambut rombongan di Raja tersebut di No 11 Skn.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah diberikan taklimat oleh Komander Pangkalan sebelum berangkat melawat pameran statik pesawat Sukhoi dan beramah mesra dengan anak kapal dan krew pesawat. Baginda juga berpeluang menggunakan simulator pesawat di Pusat Simulator.

1 Apr 14 : Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Panglima Tentera Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 1 Apr 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Director of the International Directorate of the DGA, Lieutenant General (Armament Corps) Stephane Reb yang diadakan di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara hari ini.

3 Apr 14 : Lawatan Kerja Perdana Menteri

$
0
0

PERTH, 3 Apr 14 – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan kali pertama ke Pearce Air Force Base, Perth, Australia bagi membuat pertemuan dengan semua ketua-ketua pasukan OP SAR MH 370 dari tujuh negara yang terlibat. Turut serta di dalam lawatan ini adalah Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. Lawatan dan pertemuan ini diadakan di Mes Pegawai, Pearce Air Force Base.

Panglima Tentera Udara telah mengiringi YAB Perdana Menteri pada sesi lawatan ini. Semasa berucap di majlis tersebut, Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan pada semua negara yang terlibat dalam misi SAR MH 370.

Dalam lawatan ini, YAB Perdana Menteri dan Perdana Menteri Australia juga berkesempatan beramah mesra dengan pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi ini. Kedua-dua Perdana Menteri itu juga turut melawat anak-anak kapal TUDM dan RAAF di Perkarangan Pergerakan Udara.

4 Apr 14 : Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara Ke Detachment TUDM Di Pearch Air Force Base, Perth Australia

$
0
0

PERTH, 4 Apr 14 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah membuat lawatan kerja ke Detachment TUDM, di Pearce Air Force Base, Perth, Australia bagi melihat sendiri penempatan serta persediaan dan kesungguhan pegawai dan anggota TUDM yang sedang menjalankan Operasi SAR MH370.

Semasa tiba di bangunan Det TUDM, beliau telah disambut oleh Ketua Detachment, Mej Mohammad Jafferi bin Suboh TUDM serta pegawai dan anggota TUDM. Semasa lawatan ini, Panglima Tentera Udara telah diberikan taklimat mengenai operasi yang dilaksanakan oleh TUDM.

Semasa sesi taklimat, Panglima Tentera Udara turut memberi kata-kata perangsang kepada pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi ini agar mengutamakan keselamatan semasa menjalankan operasi serta mengekalkan mutu disiplin yang terbaik.

Sebelum mengakhiri lawatan  di Pearce Air Force Base, Panglima Tentera Udara juga turut dibawa melawat FTS di Pearce Air Force Base, dimana beliau turut berkesempatan  melihat kembali kenangan semasa beliau menjalani latihan penerbangan di FTS.


4 Apr 14 : Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Panglima Tentera Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 4 Apr 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Group Captain Shehu Usman Bakari, Nigeria Defense Adviser, High Commission of the Federal Republic of Nigeria, Kuala Lumpur yang diadakan di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara hari ini.

4 April 14 : Lawatan Pemeriksaan IGTU Ke PU Kuantan

$
0
0

DSC_0114

DSC_0143 IMG_4533  DSC_0135

KUANTAN, 04 April 14 – Lawatan pemeriksaan IGTU ke PU Kuantan telah dijalankan mulai 31 Mac hingga 04 Apr 14. Taklimat pemeriksaan  telah disampaikan oleh Komander Pangkalan,YBhg Brig Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM di Bangunan Pergerakan Udara.

Tim audit ini telah diketuai oleh YBhg Brig Jen Dato’ Azizon bin Hj Ariffin TUDM. Skop pengauditan tertumpu kepada pengurusan, pengurusan keselamatan, kesiapsiagaan, senjata dan bahan letupan, pengurusan kejuruteraan, unit “core business”.

3 Apr 14 : Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia (KSU) Ke Skn 323 TUDM Bukit Luncu, Johor

$
0
0

MASAI, 3 Apr 14 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia (KSU), YBhg Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Haji Ahmad telah melakukan lawatan kerja ke Skn 323 TUDM Bukit Luncu hari ini. Lawatan beliau ini turut diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg Dato’ Dr. Rothiah binti Haji Omar.

Lawatan ini turut dihadiri oleh AKS PPO, YBhg Mej Jen Dato’ Hj. Ahmad Anuar bin Ahmad TUDM bersama Pegawai-pegawai Kanan dari Markas 7 Briged dan staf Pejabat PPO.

KSU dan rombongan telah dibawa melawat ke sekitar kawasan Skn 323 oleh Pegawai Memerintah Skn 323 TUDM Bukit Luncu, Lt Kol. Theodore Mohan Kumar Navaretnam TUDM ke kawasan tapak radar. dan juga kawasan Rumah Keluarga Angkatan Tentera, Taman Pelangi. 

10 Apr 14 : Majlis Penutup Kursus Pegawai Skuadron Siri 80/14 dan Kursus Kaya Budi

$
0
0

TANJUNG BUNGAH, 10 April 14 – Majlis Penutup Kursus Pegawai Skuadron Siri 80/14 dan Kursus Kaya Budi telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM di Hotel Hydro, Pulau Pinang.

Turut hadir bersama di majlis ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM. Dalam majlis tersebut, Panglima Tentera Udara telah menyampaikan sijil kepada penuntut Kursus Pegawai Skuadron manakala isteri Panglima Tentera Udara, Puan Sri Datin Sri Asnah bin Din telah menyampaikan sijil kepada penuntut Kursus Kaya Budi.

Sebelum majlis penyampaian sijil, satu Pembentangan Kertas Kerja telah disampaikan oleh penuntut kursus yang bertajuk SNCO Empowerment. Kursus Pegawai Skuadron telah dihadiri seramai 30 orang penuntut daripada pelbagai ketukangan. Dalam majlis tersebut, Kapt Ahmad Fitri bin Baharuddin TUDM daripada Muzium TUDM telah dipilih sebagai penuntut akademik terbaik manakala Mej Saravanasennan A/L Veerasennan TUDM daripada ILIT telah dipilih sebagai penuntut keseluruhan terbaik bagi Kursus Pegawai Skuadron Siri 80/14.

Panglima Tentera Udara kemudiannya berkesempatan membuat lawatan ke RKAT SITU dan beramah mesra dengan penghuni yang ada. Mengakhiri program, Panglima Tentera Udara seterusnya membuat perasmian Blok Ferringhi yang telah siap dibina untuk penginapan penuntut SITU.

11 Apr 14 : Pemeriksaan Tahunan No. 1 Div Udara di PU Butterworth

$
0
0

BUTTERWORTH, 11 Apr 14 – Pemeriksaan Tahunan Panglima No 1 Div Udara ke PU Butterworth telah dilaksanakan mulai  9 hingga 11 Apr 14 yang diketuai sendiri oleh Panglima No. 1 Div Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Azizool Arif bin Abd Ghani TUDM.

Pemeriksaan telah dimulakan dengan Taklimat Pemeriksaan di Bilik Mesyuarat Pangkalan dan seterusnya Panglima No. 1 Div Udara dibawa melawat ke Skn 312 dan No. 18 Skn serta PSP.

Viewing all 311 articles
Browse latest View live